16 February 2011

hikayat POKOK EPAL !!!



suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. seorang kanak2 begitu benar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. budak tersebut begitu menyayangi tempat bermainnya. pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

masa berlalu..........budak itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok tersebut. namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok tersebut dengan wajah yang sedih.

"marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "aku mahukan permainan. aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

lalu pokok epal itu berkata, "kalau begitu petiklah epal-epalku. jualkannya untuk mendapatkan wang. dengan itu, kau dapat membeli permainan yang engkau inginkan." budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. dia tidak kembali lagi selepas itu. pokok epal itu merasa sedih.

masa berlalu.........suatu hari budak remaja itu kembali. dia semakin dewasa. pokok epal itu merasa sangat gembira.

"marilah bermain-main disekitarku," ajak pokok epal itu. "aku tiada masa untuk bermain. aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. bolehkah engkau menolongku?" tanya budak itu.

"maafkan aku. aku tidak mempunyai rumah. tetapi kau boleh memotong dahan2 ku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." pokok epal itu memberi cadangan. lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. dia sebenarnya adalah budak yang pernah bermain di pokok epal itu. dia telah matang dan telah dewasa.

"marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"maafkan aku, aku bukan lagi budak yang suka bermain-main di sekitarmu. aku sudah dewasa. aku mempunyai cita-cita untuk belayar. malangnya aku tidak mempunyai bot. bolehkah kau menolongku?" tanya orang itu.

"aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. kau akan dapat belayar dengan gembira." cadang pokok epal itu. lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. dia kemudian pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia datang menemui pokok epal itu. dia adalah budak yang pernah bermain-main di sekitar pokok epal itu.

"maafkan aku. aku tiada apa2 lagi nak diberikan kepada engkau. aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk aku buat bot. aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada yang pilu.

"aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada gigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batangmu kerana aku tidak lagi berupaya untuk belayar, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"jika begitu berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. lalu lelaki tua duduk berehat di perdu pokok epal itu. mereka berdua menangis kegembiraan.

...........................................................................................................

SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN ITU IALAH KEDUA-DUA ORANG TUA KITA. BILA KITA MASIH KECIL, KITA SUKA BERMAIN-MAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DIDALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK2 MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SAHAJA. HARGAILAH MEREKA SEPANJANG NYAWAMU DAN HARGAILAH MEREKA SEMENTARA MEREKA MASIH BERADA DI SAMPINGMU. SEMOGA MEMBERI KAINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA KITA.



FIKIR2 KAN LAH..
ASSALAMUALAIKUM..


O_0 v


4 comments:

  1. saya sayang mak saya
    saya sayang ayah saya

    saya sayang semua!!!

    o_0 v

    ReplyDelete
  2. betol tu..huhuu..saya sayang mak ayah saya T___T

    ReplyDelete

jgn komen yg bukan2 ye !!!

cuTEz fOllOwEr !! tHNx