14 March 2011

ANTARA 3 !!! part 2

assalamualaikum
dalam entry sebelum ni 
ramai yg telah memilih kejayaan berbanding kekayaan dan kasih sayang
terima kasih kerana meluangkan masa untuk memilih walaupun x penting sangat
sye de cerita yg ingin dikongsikan berkaitan 3 K ni
same2 lah membace
mungkin boring sikit cerita ni
so sori awal2 ye..hehe

seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat 3 orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk di halaman rumahnya. dia tidak kenal akan mereka. wanita itu bertanya, "saya tidak fikir mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "adakah suami awak berada dirumah?", mereka bertanya. "tidak", wanita itu membalas." "suami saya telah keluar."

"jadi kami tidak akan masuk", mereka menjawab. sewaktu suaminya pulang kerumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadiaan tersebut.

"pergi beritahu mereka bahawa saya sudah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!" wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu. salah seorang dari lelaki tua menerangkan, "nama dia ialah KEKAYAAN," dia berkata sambil menunjuk ke arah kawan yang seorang lagi, "dia ialah KEJAYAAN dan saya pula ialah KASIH SAYANG."

dia menyambung lagi, "sekarang masuklah semula ke dalam dan bincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang ingin kamu jemput ke dalam rumah." wanita itu masuk ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. suaminya berasa sungguh gembira.

"bagusnya!!" dia berkata. "kalau macam tu jemputlah KEKAYAAN masuk. biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan KEKAYAAN!" isterinya tidak bersetuju.

"abang, kenapa tidak pula kita menjemput KEJAYAAN?" kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. dia lalu menyampuk dan memberi pandangannya.

"bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput KASIH SAYANG? rumah kita ini pasti akan diselubungi KASIH SAYANG!"

"biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"keluar dan jemputlah KASIH SAYANG sebagai tetamu kita."

wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "yang mana satu diantara kamu adalah KASIH SAYANG? silalah masuk dan menjadi tetamu kami." KASIH SAYANG bangun dan mula berjalan ke arah rumah. kedua-dua KEKAYAAN dan KEJAYAAN juga bangun dan mengikutinya. terperanjat, wanita itu bertanya kepada kepada mereka.

"saya cuma menjemput KASIH SAYANG, mengapa kamu juga ikut sekali?"

mereka semua menjawab. "jika awak menjemput sama ada KEKAYAAN atau KEJAYAAN yang lain akan tunggu di luar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput KASIH SAYANG, kemana-mana saja dia pergi, kami akan pergi bersamanya. dimana ada KASIH SAYANG, di situ juga ada KEKAYAAN dan KEJAYAAN!!!"  

setuju kamu dengan pendapat ini??

bace jgn x bace ea..haha

chow2 milo

o_0 v


2 comments:

  1. hakhakhak ;p
    aku edit balex post aku smlm kt sni..
    plih kasih sayang..
    kalau ad kasih sayang msty ad kekayaan..n kalau ad kejayaan msty ad kejayaan..ngee ;D

    aku da lpe ttg cite ney..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha...mne ley men tkr2...kekekeke...kntoi suda

    ReplyDelete

jgn komen yg bukan2 ye !!!

cuTEz fOllOwEr !! tHNx