10 March 2011

wanIta IstImewa !!!

Wanita...
Jangankan lelaki biasa...
Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka...
Fikiran dan perasaan lelaki akan resah...
Masih mencari...dan terus mencari...
Walaupun ada segalanya...
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa...
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok itu...
Untuk diluruskan oleh lelaki...
Tetapi...seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus!
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus...
Luruskanlah wanita...
Dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH TAALA...
Didiklah mereka...dengan panduanNya...
Janganlah cuba jinakkan mereka dengan harta...
Kerananya nanti mereka akan menjadi liar...
Kenalkan mereka dengan ALLAH TAALAH, zat yang kekal...
Disitu punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan Ilmu...
Hati serabut kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan Akhlak...
Suburkanlah ia...
Kerana di situ nantinya mereka akan lihat nilaian...
Dan keadilan Tuhan...
Bisikkanlah ke telinga mereka...
Bahawa kelembutan, bukan satu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Tuhan...
Sebaliknya...di situlah kasih sayang Tuhan...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa Iman, Ilmu dan Akhlak...
Mereka tidak akan lurus...
Bahkan mereka akan semakin membengkok!
Itulah akibat andai wanita tidak kenal Tuhannya...
Bila wanita menjadi durhaka...
Pasti dunia lelaki menjadi huru hara...
Lelaki...jangan mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum memimpin Wanita menuju Illahi...
Pimpinlah diri kepadaNya...
Jinaklah diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah kepimpinanmu...
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRAH...
Andaikata dirimu tidak sehebat SAYYIDINA ALI...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN

p/s : selamat hari wanita sedunia

chow2 milo

o_0 v

3 comments:

  1. saye suke entry neh pakcik.
    selamat hari wanita sedunia =)

    ReplyDelete
  2. gadis suka post nie . sebagai wanita . gadis amat menghargai .. :)

    ReplyDelete

jgn komen yg bukan2 ye !!!

cuTEz fOllOwEr !! tHNx